“Henti Normalisasikan Pemakaian, Solekan Lelaki Menyerupai Wanita” 

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pendapatnya mengenai tren pemakaian, solekan serta penggunaan aksesori di kalangan lelaki yang dilihat semakin menyerupai penampilan wanita.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah meminta agar tidak menormalisasikan dalam masyarakat kerana baginya lelaki sudah cukup sempurna.

BACA: Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Netflix ‘Wednesday’ 

“Bolehkah kita berhenti menormalisasikan pemakaian, solekan atau aksesori lelaki yang membuatkan mereka kelihatan lebih feminin atau menyerupai wanita? Pada pandangan saya, lelaki sudah cukup sempurna dengan menjadi diri mereka sendiri, seadanya,” tulisnya.

Sementara itu, Sarimah berpendapat penampilan sederhana adalah yang terbaik namun itu hanyalah pandangan peribadinya.

“Ini hanyalah pilihan peribadi saya. Kesederhanaan itu lebih baik dan sesuatu yang semula jadi adalah yang terbaik. Tidak perlu sebarang tambahan yang berlebihan. Ini sekadar pendapat saya,” katanya.

×