Pelakon dan model Haneesya Hanee berkata kesilapannya yang dilakukan dahulu sudah sembilan tahun berlalu namun dia tidak berhenti untuk menebus kesilapannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Haneesya berkata setiap kali dia muncul di podcast, dia akan menerima mesej peribadi daripada netizen. Malah, Haneesya berkata dia tidak kisah berapa kali perlu tebalkan muka untuk memohon maaf di atas kesilapannya.
BACA: “Orang Nampak Haneesya Hanee Gadis Yang Liar, Penuh Dosa, Seolah Ditakdirkan Masuk Neraka”

“Saya buat silap hampir 9 tahun lalu. Tapi sampai hari ini saya masih maksud podcast sana sini untuk tebus kesalahan. Setiap kali saya masuk podcast saya akan dapat DM “lepas tengok podcast awak saya rasa awak betul menyesal jadi saya maafkan awak”
“So aku ni sampai tekad aku tak kesah la berapa kali pun kena tebalkn muka masuk podcast mintak maaf. Itu je cara saya rasa boleh tebus kesalahan saya,” katanya.
Bagaimanapun, Haneesya berkata selepas melihat situasi berlaku di sekeliling, dia sedar tindakannya memohon maaf memberi ruang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Tapi lepas saya tengok isu di sekeliling, saya baru sedar bertapa bodohnya saya, even after many years saya masih biarkan orang mengambil kesempatan dengan situasi terjadi.
“Saya baru sedar, tak perlu minta maaf lagi. Sekali sudah cukup. Bila fikir balik apa salah saya dekat korang semua? Dosa minum aku yang tanggung, yang nak menjawab dengan Tuhan nanti aku, yang mahkota kena tarik aku. Hilang duit hadiah RM10,000 pun aku. Tapi kenapa saya nak kena minta maaf pada semua orang? Saya tak kacau atau hina orang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Haneesya berkata kesalahannya tidak melibatkan sesiapa serta tidak membahayakan mana-mana pihak namun dia dihukum seolah merampas suami orang.