Pelakon Norman Hakim berkongsikan mengenai persiapan perkahwinan anak sulungnya Danish Hakim yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman berkata majlis di sebelah keluarganya akan diadakan secara sederhana dimana tetamu terdiri daripada keluarga, sahabat serta anak-anak yatim di bawah jagaannya.

BACA: “You Will Always Be My Baby” – Norman Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Danisha 

“Majlis di Kuala Lumpur sebelah saya ini, saya buat sederhana sahaja. Jemputan terdiri daripada keluarga, anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaan saya, sahabat perniagaan serta rakan-rakan agensi kerajaan dan swasta yang banyak membantu selama ini,” tulisnya.

Sementara itu, Norman turut berkongsikan ia pengalaman pertama sebagai bapa menguruskan majlis perkahwin buat anaknya.  Norman turut berkongsikan keadaan isterinya Memey yang masih bersedih selepas pemergian ibu tercinta dan memerlukan masa untuk pulih.

“Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya urus hal kahwin. Selain khidmat perancang perkahwinan, saya turut meminta isteri dan anak-anak perempuan untuk sama-sama membantu serta memberikan sokongan dalam fasa ketiga ini.

“Saya perlu memastikan mummy sentiasa sibuk kerana keadaannya masih rapuh sejak pemergian ibu. Kalau ada ruang sunyi, dia akan cepat emosi dan menangis. In shaa Allah, dia memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih,” katanya.

×