Pelakon Ruhainies meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen mengubah namanya dengan gelaran ‘Ruhanat’.

Memetik BH Online, Ruhainies berkata ibu bapanya memberikan nama dengan maksud yang baik dan gelaran tersebut diperkatakan hampir tiga tahun.

BACA: Ruhainies Rugi Jutaan Ringgit, Hilang Tawaran Kerja Akibat Fitnah 

“Mereka mengubah nama saya kepada gelaran ‘Ruhanat’. Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.

“Saya belum mengenal pasti siapa yang memulakan gelaran itu, tetapi netizen lain terus mengikutinya sehingga kini. Perkara ini sudah berlarutan selama tiga tahun,” katanya.

Meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya namun dia menerima dugaan dengan hati terbuka dan mahu memberi fokus untuk memperbaiki diri.

“Setiap dugaan ada hikmahnya. Sepanjang 34 tahun hidup, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Saya reda dengan ujian ini dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran hidup.

“Selepas ujian ini, banyak rezeki dan kehadiran orang baik datang dalam hidup saya. Saya tidak mahu mengenangkan perkara lalu, sebaliknya mahu fokus pada masa depan serta memperbaiki diri.

“Hikmah terbesar daripada ujian ini adalah saya dapat mendekatkan diri kepada Allah, menjadi lebih matang dan menghargai orang sekeliling,” katanya.

Sumber: BH Online

Gambar: Utusan Malaysia

×