Pempengaruh media sosial, Syida Melvin mendakwa dirinya dihina bekas suami kerana menjual laici kang di kampung.

Menerusi perkongsian di Threads, Syida berkata dia tidak dapat berdiam diri lagi apabila mendakwa ibu bapanya juga turut dihina.

BACA: Anak 5 Bulan Tak Sekolah Kena Merempat, Syida Melvin Dakwa Bekas Suami Enggan Keluar Rumah

View on Threads

“Aku jual laicikang kat kampung pun diejek, hina dia… tak tau la apa masalah dengan manusia macam ini. Inilah the other side yang aku sorok aib dia selama ini.

“Sampailah dia dah hina mak bapa aku takkan aku nak diam lagi?? Aku isi masa lapang jual laicikang tepi rumah pun dia hina,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain Syida mengucapkan terima kasih di atas kata-kata yang baik diberikan oleh netizen terhadap dirinya serta mengatakan dia tidak akan berdiam diri apabila ibu bapanya dihina.

“Terima kasih semua di atas kata-kata yang baik. Saya baik-baik saja. Cuma nak netizen tahu yang nampak baik sangat tu pijak semut tak mati. Aku yang dok bising nampak la aku ni yang problem ek.  Kacau aku tak apa, aku diam selagi boleh. Tapi kalau dah hina mak pak aku, ingat aku dan adik-bradik nak diam kah?” tulisnya.

×