Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata sudah memaafkan pelakon Tisha Shamsir berkenaan kes dadah yang dihadapinya.

Memetik Oh Bulan, Yusof berkata dia tidak berdedam sebaliknya berharap Tisha belajar daripada kesilannya kerana setiap manusia ada khilaf.

BACA: “Kita Manusia Biasa Tak Terlepas Buat Salah” – Pelakon Gerak Khas Mohon Maaf Kepada Yusof Haslam

“Tiada dendam. Saya sudah lama memaafkan dia. Saya cuma berharap dia dapat belajar daripada kesilapan seterusnya kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Bagi saya, benda sudah lepas. Dia pun sudah meminta maaf, jadi kita jangan panjangkan lagi jadikan isu. Fasal kes di mahkamah, yang itu biar ditentukan undang-undang. Takkan kita tidak boleh maafkan sesama insan. Setiap orang pastinya mempunyai khilaf masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai peluang Tisha kembali berlakon drama Gerak Khas 2.0, pengarah itu berkata bergantung kepada pertimbangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Drama kepolisan ini terikat dengan etika, bawa imej yang bersih. Kes mahkamah dihadapinya pula melibatkan dakwaan berkaitan dadah. Bagi saya kita membawa imej yang baik, jadi kembali buat masa ini mungkin tidak. Kalau ada pertimbangan daripada pihak PDRM, itu cerita lain.

“Saya pun tak boleh nak cakap apa. Kita tengoklah macam mana nanti. Cuma harapnya dia turut minta maaf kepada PDRM,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×