“Tak Jatuh Hina Pun Kahwin Janda”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempertahankan Bella Astillah apabila ada netizen mempersoalkan pilihan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi hantaran di Threads, Fazley berkata status seseorang wanita itu bukan penentu kebahagiaan dan  tidak semestinya memilih anak dara boleh bahagia selamanya.

BACA: Fazley Yaakob Jalan Kaki Tengah Panas 2Km Bawa Air Tauhu Demi Insan Tercinta

“Ramai jugak orang yang ‘bodoh piang’ eh zaman-zaman Threads ni? Bila BASS dah nikah, banyak pulak yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?! 

“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya, dan yang janda pulak mana tahu boleh bantu bawak ke pintu syurga!” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, bukan perkara hina berkahwin dengan wanita janda dan bukan boleh mendapat anugerah apabila berkahwin dengan anak dara.

“Tak jatuh hina pun kahwin janda, dan bukan dapat anugerah pun kahwin anak dara. Chill ok guys.. doakan kebahagian orang dapat pahala tau dari buat dosa kering persoalkan takdir dan jodoh!” tulisnya.

×