Penyanyi Stacy Anam tidak hanya berdiam diri apabila ada warga Indonesia menyindir serta membandingkan dirinya dengan penyanyi Agnez Mo.

Menerusi hantaran di Threads, Stacy berkata tidak wajar untuk dibandingkan dengan Agnes yang sudah bergelar selebriti sejak kecil.

BACA: Stacy Tak Akan Bermasam Muka Dengan Bella Astillah

Kata Stacy lagi, dia berasal dari kampung manakala penyanyi dari Indonesia itu dari bandar Indonesia tidak boleh dibandingkan.

Sementara itu, Stacy berkata tidak tidak pernah malu dengan penampilannya ketika di awal penglibatannya dalam dunia seni serta bangga dilahirkan di Malaysia.

Dalam pada itu, Stacy turut menyelar negara jiran yang menjadi punca Malaysia berdepan jerebu susulan kebakaran hutan di Kalimantan sehingga membinasakan haiwan disekitar hutan berkenaan.

×