Penyanyi Didi Astillah dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menitipkan ucapan istimewa buat kakaknya, Bella Astillah yang bakal bergelar isteri pada Sabtu ini.

Menerusi program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq, Didi berkata dia kini boleh menarik nafas lega melihat kakaknya bertemu bahagia.

BACA: Didi Astillah Bergelar Isteri, Bella Pesan Jadi Isteri Yang Sentiasa Bersabar

Menurut Didi lagi, dia akan sentiasa bersama Bella dan menyokongnya meskipun kakaknya itu sudah bergelar isteri orang kelak.

“Lagi beberapa hari sahaja, kaklong akan menjadi isteri orang. Saya rasa saya boleh bernafas dengan lega. Saya sentiasa akan sokong kaklong. Saya sentiasa ada untuk kaklong,”katanya.

Tidak dapat menahan sebak, Didi berkata selepas ini akan ada lelaki yang membimbing kakaknya dan dia percaya bahawa perkahwinan Bella itu akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Selepas ini, ada yang pegang tangan kaklong. Kaklong tak akan tidur sendirian. Ada yang akan bimbing kaklong bersama dengan Eden dan Ara. 

“Waktunya dah nak dekat. Insyaallah, perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya dan kaklong akan sentiasa gembira. Saya tak pernah tak tinggal dengan kaklong,” katanya. 

×