Pelawak Shuib memberitahu dia sudah membaca hantaran dibuat oleh Jep Sepahtu di Instagram namun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
Memetik mStar Online, Shuib tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan dia masih memainkan sentimes persahatan untuk meraih perhatian ramai.
BACA: Shuib Okay Ke Tu?” – Akaun Instagram Shuib Dihujani Komen Netizen
“Saya tak ada nak cakap apa-apa. Terima kasih. Ada kawan hantar screenshot hantaran tersebut, saya baca juga. Takkan ada komen apa-apa daripada saya,” katanya.
Terdahulu, Jep dilihat memuat naik hantaran kurang senang dengan tindakan Shuib didakwa menggunakan isu persahabatan untuk ‘marketing’.
Sumber: mStar Online