Pelakon Abby Abadi berharap bekas suaminya, Norman Hakim menjalankan tanggungjawab sebagai bapa terhadap ketiga-tiga anak mereka dengan memberikan kehidupan selesa.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Abby turut mengatakan anak sulung mereka bakal berkahwin tidak lama lagi serta berharap Norman dapat membantu menguruskan kos majlis.
BACA: “Saya Dah Habis Kata-Kata, Saya Tak Harap Mereka Datang” – Abby Abadi

“Dahulu tiada, tidak mengapa. Tak minta buat bodoh sahaja. Sekarang dah kaya raya kan? Harap mewahkan sekali ketiga-tiga anak tu.
“Jangan acah-acah dengan content sahaja. Anak sulung nak kahwin tu harap dapat tolong jayakan majlis dengan ikhlas. Mewahkan sebab mampu kan? Tak cukup setakat sponsor baju, uruskan semua,” tulisnya.