Penyanyi Hadie Elfardie berkata dia pernah beberapa kali mimpikan arwah bapanya, Suhaimi Saad.
Memetik Astro Gempak, Hadie berkata dia mimpikan arwah bapanya selepas menziarahi pusara serta meminta agar bapanya datang dalam mimpi jika diizinkan Allah.
BACA: “Sebak Tengok Anak Melangkah Tanpa Ayahnya” – Ina Naim Syukur Hadie Tamat Pengajian
Malah, Hadie berkata selepas menziarahi pusara bapanya tiba-tiba angin bertiup kuat sedangkan sebelum ini cuaca panas.
“Saya singgah di kubur, bercerita dan mendoakan arwah. Kemudian saya terlepas cakap satu perkara kepada ayah.
“Saya kata, kalau Allah izinkan dan ayah nak datang, datanglah dalam mimpi. Jangan datang depan depan, takut saya terkejut pula. Kalau ayah nak datang atau nak tegur saya, datanglah dalam mimpi,” katanya.
Menurut Hadie lagi, apabila tiba dirumah dia tertidur kerana kepenatan serta terlewat menunaikan solat asar dan dia bermimpikan arwah bapanya.
“Tiba tiba saya bermimpi tentang ayah. Dia tak cakap banyak. Saya tak nampak wajahnya dengan jelas, tetapi saya tahu itu ayah. Saya dengar suaranya.
“Dalam mimpi itu, dia beri saya sejadah dan cakap, ‘Pergi solat.’ Selepas itu saya terus terbangun. Saya terkejut juga sebab dalam mimpi tadi dia beri saya sejadah.
“Mungkin dia nak ingatkan saya yang ketika itu saya belum menunaikan solat Asar. Saya terus bangun, istighfar, pergi cuci muka dan bersiap. Itu antara mimpi yang paling jelas buat saya. Saya tahu itu ayah saya,” katanya.
Sumber: Astro Gempak