“Lillahitaala, Saya Jaga Anak-Anak Kecil, Besar Sama Rata” 

Pelakon Abby Abadi menafikan dakwaan dia bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya.

Memetik Oh Bulan, Abby berkata dia tidak pernah membeza-bezakan anak-anak mahupun tidak berlaku adil sebaliknya dia memberikan kasih sayang sama rata.

BACA: “Saya Dah Habis Kata-Kata, Saya Tak Harap Mereka Datang” – Abby Abadi

“Saya bukan jenis orang yang mahu junjung al-Quran atau apa, tetapi Lillahitaala saya jaga anak-anak saya yang kecil, yang besar, sama rata. Tidak pernah pun saya berbahagi kasih ataupun macam tak adil kepada mereka.

“Kalau saya beli satu barang, saya beli semua. Kalau saya beli baju merah, semua saya beli merah. Contohnya macam itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abby tidak pernah timbul rasa cemburu seperti didakwa dan dia bersuara berkenaan anak-anak bersebab.

“Kalau nak dengki sejak dulu lagi saya dengki tetapi hati saya bukan dalam situasi dengki atau cemburu pada orang. Saya bersuara ada sebab dan keperluan. Kalau diikutkan apa yang saya luahkan dalam media sosial cuma lima peratus,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×