Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di Thread mengenai tawaran pengacaraan yang diterima.
Menerusi hantaran itu, Uyaina berkata sudah tahun 2026 namun dia masih menerima permintaan untuk membuka hijab bagi mengacarakan majlis.
BACA: “Adakah Akan Terus Hidup Atau Nyawa Berganti” – Uyaina Mohon Doa Bersalin Anak Ketiga

Menurut Uyaina dia terkejut dengan permintaan berkenaan serta mempersoalkan mengapa tidak mencari pengaca yang tidak bertudung kerana ramai saja diluar sana.
“Tahun 2026 pun saya masih dapat pertanyaan seperti ni, ‘Uyaina boleh tanggal tudung untuk jadi pengacara acara ni?’
“Maksud saya, kalau nak pengacara yang tidak bertudung, ramai sahaja pengacara di Malaysia ini tidak bertudung dan power. Kenapa masih nak tanya soalan seperti ini ya?” tulisnya.
Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut hairan masih ada yang bertanyakan soalan sedemikian serta menyifatkan soalan berkenaan agak biadab.