Pelakon Abby Abadi berkata ketiga-tiga anaknya kini sudah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan mereka sendiri.

Memetik Oh Bulan, Abby bagaimanapun berkata apabila berlaku konflik dengan anak-anak, mereka ada dua pihak untuk dirujuk. 

BACA: “Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama” – Abby Abadi

“Adalah beberapa benda yang saya tak sokong, yang saya marah. Adalah benda-benda tu.  Antara kesilapan saya apabila mereka ada dua ‘channel’. Jadi bila sudah besar, mereka lagi senang, suka hati sahaja buat sendiri.

“Jadi saya pun tak boleh nak marah. Mereka dah ada kaki bukan? Dah boleh bergerak. Tak boleh kita nak suruh jangan. Bukan budak kecil,” katanya.

Menurut Abby lagi apabila berlaku konflik, anak-anak memilih untuk bersama bapa mereka sekaligus menyukarkannya untuk disiplinkan mereka.

“Saya rasa benda tu satu kesilapan sebab kita tak boleh nak bentuk anak tu supaya disiplin. Saya rasa orang lain yang dekat luar sana ambil pengajaranlah. 

“Sebab untuk mendisiplinkan anak tu sebenarnya kena kena tegas. Tak ada berlaku kekerasan atau benda-benda lain, tapi sebab ada dua ‘channel’” katanya.

Dalam pada itu, Abby berkata dia tidak berharap untuk anak-anaknya datang serta sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

“Tak tahulah. Saya saya dah habis kata-kata dah sebenarnya, kerana saya tak harap mereka datang pun. Tak apalah

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan-keadaan macam tu. Jadi saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa macam saya dah tak nak terlalu beria. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak ada, macam tu,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×