Pelakon Puteri Sarah berpendapat setiap individu perlu mencari pasangan yang sekufu dari segi ilmu, pemikiran dan cara melihat kehidupan.

Menerusi perkongsian di Threads, Puteri Sarah berkata dia melihat pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Hasmah sebagai antara contoh yang menarik.

BACA: “Saya Tak Sangka Hasmah Meninggal Dunia” 

“Saya melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah sebagai satu contoh yang menarik. Mereka bertemu ketika sama-sama belajar dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, sebelum berkahwin pada tahun 1956,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah bukan saja isteri kepada seorang pemimpin sebelum ini tetapi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Sarah turut berpendapat untuk mencari pasangan yang bukan saja mahu hidup bersama tetapi menghormati cara pemikiran.

“Carilah pasangan yang bukan hanya mahu hidup bersama kita, tetapi seseorang yang boleh grow with us, intellectually, emotionally and spiritually.

“Kerana cinta itu penting, tetapi mempunyai pasangan yang kita boleh hormati pemikirannya adalah satu bentuk kebahagiaan yang berbeza.” katanya.

×