Penyanyi Tomok memaklumkan dia sudah berbelas tahun tidak berhubung dengan bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk.
Menerusi perkongsian di Thread, Tomok turut meminta bantuan orang ramai jika ada cara untuk berhubung dengan Syuk.
BACA: Tomok Sambung Master Di UPSI, Pilih Pengajian Sepenuh Masa

“Berbelas tahun rasanya saya tak dapat bercakap dengan dia.
“Kalau ada keluarga atau kawan-kawan yang ada cara untuk hubungi, boleh DM (mesej) saya. Saya mencari Syuk New Boyz,” tulisnya.
Untuk rekod, New Boyz ditubuhkan pada tahun 1997 dengan dianggotai lima anggota iaitu Tomok sebagai vokalis, Syuk (pemain bass), Along (gitaris utama), Jay (gitaris kedua) dan Mazlan (pemain dram).