Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak menyangka isterinya Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia secara mengejut pada Isnin lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Tun Mahathir kelihatan sebak ketika berbual dengan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Saya tak sangka Hasmah meninggal dunia hari ini (Isnin), beliau kelihatan agak sihat semalam,” katanya.
Tun Mahathir turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga diraja Pahang kerana datang jauh untuk menziarahi serta memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya.
Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi Isnin lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.