Pelakon Diana Danielle berkata ciri pasangan hidup yang dicarinya berbeza dengan sekarang berbanding ketika di usia muda.
Menerusi perkongsian di Threads, Diana berkata dia melihat ciri paling utama adalah seorang yang bertanggunjgawab dan rajin.
BACA: Diana Danielle, Kekasih Putus Cinta

“Yang penting, orang yang kita pilih sebagai pasangan tu pandai jaga kita. Kalau muda dulu, ciri kriteria kita berbeza,” tulisnya.
Sementara itu, Diana berkata selain bertanggungjawab dan bijak, keserasian juga penting dalam mencari pasangan hidup.
“Sekarang, kita sedar berpasangan ni paling utama adalah tanggungjawab, usaha, rajin dan berfikiran kritis. Saya ulangi, yang penting bertanggungjawab. Pandai, tak tolol.
“Kita je tahu siapa yang paling sesuai, yang boleh ikut rentak kita. Yang lain tu additional points saja yang boleh disyukuri. Kisah pulak kita orang approve ke tidak, yih,” tulisnya.