Pelakon dan model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan suami, Farouk Osman dipermudahkan dan sah bergelar suami isteri.
Memetik HibGlam, Zahnita berkata dia ibaratkan perkahwinan kali kedua itu seperti pelangi yang muncul selepas hujan apatah lagi selepas apa yang berlaku sebelum ini.
BACA: Zahnita Wilson Bakal Nikah Jiran Lama 26 September
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur majlis akad nikah saya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segalanya. Sebenarnya saya masih ‘digest’ dengan apa yang berlaku hari ini.
“Selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini, saya anggap momen ini seperti pelangi yang hadir selepas ribut taufan,” katanya.
Sementara itu, Farouk merupakan berstatus duda itu berkata pada awalnya dia tidak mengetahui bahawa Zahnita seorang selebriti sebelum ini.
“Sejujurnya saya tak tahu pun dia (Zahnita) seorang selebriti sebelum ini. Tetapi hari ini dia sudah bergelar isteri saya,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan Zahnita, Farouk kehilangan kata-kata dan sebak.
“Maaf saya kehilangan kata-kata. Tetapi saya mencintainya bukan kerana kecantikannya. Dia lebih daripada itu. Dia sahabat saya,” katanya.
Sumber: HibGlam