Pelakon Shikin Maembong berkata keputusannya untuk berhijab bukan mudah kerana perlu ubah pemakaian 100 peratus.
Memetik Oh Bulan, Shikin berkata dia masih dalam proses belajar perlahan-lahan serta berharap orang ramai mendoakannya.
BACA: Shikin Maembong Berhijab Sempena Hari Lahir Suami
“Sebenarnya keputusan bertudung ini agak berat juga. Jadi apabila kita memutuskan untuk berubah ke arah kebaikan, bukanlah terus 100 peratus. Maksudnya saya masih belum sempurna lagi tetapi perlahan-lahan, insya-Allah,” kataya.
Sementara itu, Shikin berkata dia perlu melakukan perubahan dari segi pemakaian dengan mencari pakaian labuh selepas menutup aurat. Tambahnya, ada pakaian lama yang dipakai semula namun dipadankan dengan seluar sesuai dengan imej berhijab.
“Bila kita nak menutup aurat, kita kena tukar koleksi pakaian hampir 100 peratus. Jadi perlahan-lahan kena cari baju yang labuh. Buat masa sekarang, ada juga pakaian lama yang saya pakai semula tetapi saya cuba sesuaikan dengan pemakaian lapisan dalam, pakaian yang lebih labuh atau digayakan bersama seluar.
“Fesyen itu masih boleh dipadankan dengan apa yang ada sekarang. Saya memang tengah menuju ke arah kebaikan. Jadi doakan saya perlahan-lahan untuk menutup semuanya,” katanya.
Sumber: Oh Bulan