Ebby Yus Tak Sangka Peminat Murah Hati Hadiahkan Camper Van 

Pelakon dan pelawak Ebby Yus meluahkan rasa syukur ada individu yang murah hati membelikan camper van untuk memudahkan urusannya menjalani rawatan dialisis.

Memetik mStar Online, Ebby berkata pada awalnya individu tersebut yang juga merupakan peminat yang berminat untuk membeli keris miliknya.

BACA: Ajak Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus, Lebih Dekat Dengan Rumah

“Dia seorang pengumpul dan nak beli sundang. Saya beritahu nak jual sebab perlukan duit untuk beli camper van bagi mudahkan saya cuci darah dan tak terkejar-kejar. Ingat main-main, bila telefon dia tiba-tiba betul dia bayarkan,” katanya.

Sementara itu, Ebby berkata dia sedang mengumpul wang untuk lakukan ubai suai pada camper van berkenaan namun tidak sangka ada yang mahu menaja kos berkenaan.

“Dalam van pun nak kena buat (ubah suai), jadi saya diam sahaja dulu sebab nak tunggu duit cukup baru buat. Lepas itu ada seorang lagi yang tawarkan nak sponsor buat benda itu. Syukurlah,” katanya.

Sumber: mStar Online

×