Penyanyi Najwa Latif meluahkan rasa syukur dikurniakan suami, Akwa Ariffin yang sentiasa membantunya serta memudahkan urusannya sebagai ibu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Najwa turut menyifatkan suaminya sentiasa mengucapkan terima kasih serta menghargainya.
BACA: “Orang Berhak Berkata Apa-Apa” – Najwa Latif Terbuka Baca Komen ‘Body Shaming’

Kata Najwa lagi, suaminya turut sentiasa mengingatkan bahawa dirinya cantik sehinggakan kata-kata negatif netizen tidak memberikan kesan kepadanya.
“Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memudahkan segala urusan saya. Tak pernah sekali pun buat saya rasa bersalah.
“Sentiasa ucap terima kasih setiap kali saya buat sesuatu, termasuk ketika menyusukan Medina. Sentiasa bantu uruskan Medina dan banyak membantu dalam hal rumah.
LAkwa juga selalu ingatkan saya yang saya cantik. Jadi sekarang, bila ada orang kata saya tak cantik, saya dah tak terasa. Sebab yang penting, suami saya rasa saya cantik,” tulisnya.
Sementara itu, Najwa berkata jika sebelum ini suaminya takut untuk menjadi bapa namun Akwa menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Dia lah jururawat, dia lah pencuci rumah, dia lah yang sanggup belajar tentang dunia pam susu, tukang urut, pendengar dan tempat saya meluahkan segala-galanya.
“Akwa selalu cakap dulu dia takut untuk bergelar seorang ayah. Tapi lihatlah sekarang, dia ternyata sangat baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dengan izin Allah, Alhamdulillah,” tulisnya