Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berkongsikan kenangan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Penjara Kajang.

Menerusi satu podcast, Yasing berkongsikan dia mula bertemu Najib ketika membuat persembahan dalam beberapa acara di penjara yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri itu.

BACA: “Buat Apa Nak Malu? Saya Tak Lakukan Jenayah”

“Saya berkesempatan untuk beramah mesra dengan kerana saya ditugaskan membuat persembahan pada setiap acara. Saya sempat mengenal hati budi beliau. Sebelum ini saya tidak bertemu beliau secara bersemuka,” katanya.

Sementara itu, Yasin menyifatkan bekas Perdana Menteri itu seorang yang prihatin dan lembut tutur kata.

“Apabila saya bertemu beliau secara bersemuka, saya dapati beliau seorang yang sangat budiman, gentleman. Beliau memang seorang yang prihatin dan lembut tutur katanya,. Beliau banyak kali tanya mengenai kes saya,” katanya,

×