Pelakon Abby Abadi membalas komen seorang netizen yang mengungkit kembali kisah cintanya dengan aktor Zul Ariffin.
Menerusi satu hantaran, individu itu mendakwa Abby ditinggalkan oleh aktor tersebut ketika menjalin hubungan cinta sebelum ini.
BACA: “Mama Sakit ke, Meninggal Jangan Datang” – Abby Abadi Titip Ucapan Hari Lahir Buat Anak

Tampil membalas, Abby berkata dia yang meninggalkan Zul kerana tidak serasi bersama dan bukan dia yang ditinggalkan.
“Tak kena tinggal lah. Saya yang tinggal Zul sebab tak serasi bersama. Tak ada jodoh tapi tak kacau hak sesiapa,” katanya.
Tambah Abby lagi, dia tidak mengganggu hak sesiapa malah ketika berpisah dengan Norman Hakim dia yang meminta cerai.
“Bercerai pun saya yang minta cerai okey, sekian. Tak perlu meraban berlebih-lebih sangat. Dapatkan nafkah saya yang tertangguh dulu kalau nak sibuk sangat,” katanya.