Pelakon Azhan Rani berkata dia mengakui kurang selesa apabila ada segelintir individu yang memanggilnya dengan nama ‘Rani’.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azhan berkata dia tidak faham mengapa ada yang memangilnya Rani sedangkan itu adalah nama arwah bapanya.

BACA: Netizen Tersentuh Tengok Layanan Azhan Rani Terhadap Ibu

Bagaimanapun, Azhan berkata meskipun sudah menerangkan secara baik namun reaksi yang diterima individu tersebut ketawa seperti tiada perasaan.

Screenshot

Sementara itu, Azhan turut memberikan contoh nama selebriti untuk menjelaskan perkara berkenaan. 

“Sekadar contoh, Rosyam Nor korang panggil Nor ke? Pekin Ibrahim korang panggil Ibrahim ke? Fauzi Nawawi ada ke korang panggil Nawawi? 

“Remy Ishak ada ke korang panggil Ishak? Kau memang tak tahu ke kau mengada-ngada?Tak tahu tak apa tapi bila kau gelakkan aku rasa kau biadab,” tulisnya.

×