Netizen Tersentuh Tengok Layanan Azhan Rani Terhadap Ibu

Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Azhan Rani meluangkan masa bersama ibunya di sebuah kedai makan menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Threads, Azhan dilihat mengangkat ibunya ke kerusi roda serta menyuapkan bidadarinya itu makan. 

BACA: “Syukur Kilau Balik Sendiri” – Azhan Rani Lega Kucing Kesayangan Dah Pulang

View on Threads

Diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan layanan Azhan terhadap ibunya serta menyifatkan aktor itu seroang anak yang baik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Azhan masih tidak lagi berkahwin kerana memilih untuk menjaga ibunya. Kata netizen lagi, semoga syurga buat Azhan dan dimurahkan rezeki.

×