Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa bangga dengan anak lelakinya, Ayden sewaktu menyertai sukaneka di sekolahnya.

Sementara itu, Bella berkata anaknya begitu bersemangat melakukan larian dua kali kerana tidak cukup ahli dalam kumpulan.

BACA: Sebulan Lagi Nak Kahwin, Bella Astillah Makin Berdebar

“Hari ini hari sukaneka Ayden. Happy-happy selalu, okey! Ramai yang sayang Ayden. Saya bangga dengan awak, sayang. Yang pakai bib itu kena lari dua kali sebab tak cukup orang. Semangat si Ayden, dengan mummynya sekali,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Bella turut menzahirkan penghargaan buat tunangnya, Syed Saddiq kerana sentiasa meluangkan masa dengan Ayden meskipun sibuk.

“Terima kasih Syed Saddiq kerana sentiasa meluangkan masa untuk Ayden, tidak kira betapa sibuknya awak. Kami sangat bertuah mempunyai awak,” tulisnya.

×