Pelakon Zainol MacWilson memuji sikap matang anak dan menantunya, Zahirah dan Aiman Hakim yang matang dalam menangani kemelut keluarga mereka.
Membalas komen netizen, Zainol berkata anaknya turut menasihatinya agar tidak membalas sebarang provokasi di media sosial.

“Saya pun tak bersuara, buat bodoh je dengan maknya (janda saya) biar maknya meroyan. Ayah mana yang tak sayang anak.
“Saya turut bangga dengan sikap anak saya yang telah menasihati saya tempoh hari agar tidak ‘menyalak’ kembali dan terus lantas saya dengar cakap anak serta menantu,” katanya.
Sementara itu, Zainol berkata Allah lebih mengetahui segalanya dan meminta anak menantunya jauhkan diri dari individu toksik.
“Bijak sekali sikap kakak dan Aiman. Syabas untuk anda berdua. Jauhi orang yang toksik. Allah lebih Maha Mengetahui yang sebenar,” katanya.
Terdahulu, perkongsian ibu Zahirah iaitu Maslinda Yusof menjadi perhatian apabila apabila mendakwa berdepan kesukaran untuk bertemu cucunya sendiri