Zizie Izette Terkenang Arwah Bung Moktar Selepas Dengar Kisah Rasulullah

Pelakon Datin Seri Zizie Izette terkenang sikap suaminya, Allahyarham Bung Moktar yang disifatkan seorang yang tidak pernah menyimpan dendam.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizie berkata arwah suaminya tidak pernah ambil hati dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan memaafkan mereka yang melakukan macam-macam terhadapnya.

BACA: “Betul Ke Muka Saya Sombong?” – Zizie Izette

“Dia (suami) tidak pernah simpan dendam atau ambil hati dengan apa orang kata tentang dia. Malah dengan orang yang pernah buat macam-macam dekat dia pun, dia tetap berbaik dan memaafkan.

“Kalau orang itu perlukan pertolongan, dia tetap tolong… Entah kenapa semalam (Ahad), cerita itu betul-betul buat saya tersentuh hati dan teringat arwah dan sisi dirinya yang mungkin ramai orang tak sempat kenal,” katanya.

Sementara itu, Zizie berkata apabila dia mendengar kisah Rasulullah yang tetap memaafkan meskipun dhina membuatkan dia teringat akan arwah suaminya.

“Teringat arwah suami. Sudah tentu memang tak bolehlah nak bandingkan dengan Rasulullah tapi begitulah sifat arwah yang mungkin ramai orang tak tahu,” katanya.

Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru

×