Shahida Didik Anak-Anak Bergaul, Wajib Ikut Setiap Kali Pergi Kenduri

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsikan caranya dan suami mendidik anak-anak dalam bergaul dengan saudara mara serta orang luar.

Menerusi satu hantaran di Threads, Shahida berkata anak-anak wajib untuk mengikuti mereka setiap kali menghadiri kenduri.

BACA: Aliff Syukri, Shahida Dipuji Bawa 60 Pekerja Tunai Umrah

“Mama dengan Papa ni jenis kalau pergi kenduri anak anak wajib angkut ya. Tak ada istilah anak nak tinggal la nak tidur dekat rumah la nak tengok TV taknak ikut la.,” tulisnya.

Menurutnya, dia mahu anak-anak biasa dengan orang serta selesa dengan saudara mara dan tidak rasa kekok apabila bergaul. 

“Bukan apa, mama dengan Papa nak anak anak ni biasa dengan orang, selesa dengan saudara mara.  Ajar untuk mesra tak ada lah nanti bila keluar jumpa orang nanti kekok, malu la segan la,” tulisnya.

×