Pelakon Ruhainies mengakui kontroversi terpalit dirinya sebelum ini memberi kesan pada kerjaya seninya serta mahu terus memandang ke hadapan.
Memetik Oh Bulan, Ruhainies berkata dia sedia menerima kecaman terhadap watak yang dibawanya dalam masa sama mahu perbaiki mutu lakonan dalam projek akan datang.
BACA: Ruhainies Doa Dipertemukan Jodoh Yang baik
“Drama ini tiada kaitan dengan realiti. Kalau orang kecam sebab karakter saya okay. Saya bersedia saja dikecam sebab saya pun akan kecam karakter yang saya bawa ini.
“Kalau mereka kecam berdasarkan pendapat, saya akan ambil untuk baiki. Kalau dikecam sebab perkara yang tak sepatutnya, saya biarkan saja.
“Kontroversi yang dulu semestinya memberi kesan pada kerjaya saya. Tapi perkara itu dah lama. Saya rasa semua orang dah move on daripada kes itu. Saya hanya mahu fokus ke depan,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies berkata dia mahu orang ramai menilai bakatnya serta meminta tidak campurkan dengan isu peribadi. Tambahnya lagi, sebelum ini dia dikenali sebagai pelakon dan bukan kerana isu kontroversi.
“Setiap orang akan ada ujian tersendiri. Sesiapa yang belum diuji, jangan rasa selamat selamanya. Saya tak mahu fikir perkara yang lepas. Harap-harap tiada lagi ujian buat saya di masa depan, cukup lah sekali seumur hidup.
“Orang kenal saya sebab saya pelakon, bukan daripada kontroversi. Jadi, kalau boleh saya nak orang percaya pada bakat saya. Kenali saya sebagai anak seni. Jangan campur aduk dengan perkara peribadi,” katanya.
Sumber: Oh Bulan