Zahirah MacWilson Sudah Mula Bertudung Sejak Dua Bulan Lalu

Kini tampil berhijab, pelakon Zahirah MacWilson berkata dia masih lagi dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Memetik mStar Online, Zahirah berkata dia sudah mula mengenakan hijab sejak dua bulan lalu namun tidak berkongsikan kepada umum.

BACA: Zahirah MacWilson Bertudung Ketika Bercuti, Netizen Titip Doa

“Niat nak pakai tudung dah ada sejak tahun lalu. Saya mula pakai tudung sekitar dua bulan lepas. Mula-mula sekadar suka-suka namun akhirnya kekal. Saya masih orang yang sama, masih lagi mencuba,” katanya.

Sementara itu, Zahirah berkata dia belum bersedia berkongsikan mengenai detik hatinya terbuka untuk berhijab.

“Untuk sekarang saya belum sedia nak cerita tentang perjalanan ini. Memang saya nak kongsikan tapi tunggu masa sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Zahirah berkata dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja selepas memaklumkan mengenai penampilannya kini yang berhijab.

“Sebelum saya terbuka berkongsikan tentang penampilan ini ada banyak tawaran yang datang. Sebagai manusia ada juga terfikir nak tolak tawaran atau tangguh niat bertudung.

“Tpai bila dah betul berhijab saya terpaksa tolak beberapa tawaran. Sentiasa percaya pada rezeki. Kalau bukan untuk saya, ia untuk orang lain,” katanya.

Sumber: mStar Online

×