Perkongsian pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan anak perempuannya, Rina.

Difahamkan, Ryzal berkongsikan momen mereka sekeluarga bercuti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri.

BACA: Dikecam Letak Al-Quran Atas Sejadah, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

Namun, apa yang lebih menjadi bualan baju renang yang dipakai oleh anak sulungnya itu dikatakan agak kurang sesuai untuk dipertonton kepada umum.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan mungkin niat Ryzal untuk berkongsikan gelagat anaknya namun ramai bimbang ianya menarik perhatian golongan pedofilia.

Tidak kurang juga, ada yang menasihati Ryzal untuk memadam video berkenaan serta lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran di media sosial. 

×