Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memerintahkan penyanyi rap, Caprice membuat permohonan maaf kepada Ebit Lew kerana memfitnah pendakwah bebas itu pada tahun 2023.
Memetik Sinar Harian, Caprice turut diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit Lew.
BACA: Caprice Beri Penjelasan Kenapa Ebit Lew Menang Kes Mondy
Sementara itu, Caprice perlu memadam tujuh kenyataan bersama pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam masa 48 jam. Caprice juga tidak boleh mengeluarkan komen mahupun kenyataan berkenaan Ebit dimasa akan datang.
Difahamkan, dalam prosiding sama mahkamah menolak tuntutan balas Caprice dengan alasan ia tidak berasas.
Pada 15 September 2023, Caprice dipercayai memuat naik rakaman video dengan Mondy sebagai tetamu jemputan.
Plaintif mendakwa rakaman itu antara lain membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta ‘penunggang agama’.
Plaintif mendakwa Caprice selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.
Sumber: Sinar Harian.