Julia Farhana Ada Sebab Ambil Keputusan Buka Tudung

Pelakon Julia Farhana meminta orang ramai tidak menghakimi keputusannya membuka tudung sebaliknya mendoakan yang baik-baik serta memberi ruang kepadanya.

Memetik mStar Online, Julia berkata hanya dia sahaja yang faham apa yang berlaku dan tiada kenyataan untuk menjelaskan penampilannya.

BACA: “Dah 7 Bulan Kami Tak Berjumpa” – Julia Farhana Bakal Fail Cerai 

“Tiada apa yang saya boleh cakap yang akan buatkan orang rasa benda itu adalah kenyataann yang betul. Tiada apa yang saya boleh ulas sebab saya seorang saja yang lalui dan faham apa yang berlaku.

“Apa yang saya harapkan orang ramai doakan yang baik-baik. Jangan hakimi saya atas apa yang saya lalui sebab segalanya adalah satu proses yang saya sendiri tak sepenuhnya dapat hadam lagi, saya perlukan masa,” katanya.

Sementara itu, Julia menafikan spekulasi netizen yang mendakwa dirinya di fasa kemurungan susulan ujian rumah tangga sehingga melakukan perubahan imej secara mendadak.

“Alhamdulillah saya okay, saya tak depresi. Perasaan sedih itu normal, saya rasa setiap manusia yang melalui sesuatu yang sangat mengejutkan akan lalui proses dimana dia kena hadam apa yang berlaku.

“Daripada hidup berdua sekarang saya hidup seorang selama tujuh bulan. Banyak benda saya kena fikir seorang diri daripada masalah perkahwinan, kerjaya dan hidup saya,” katanya.

Sumber: mStar Online

×