Pelakon dan usahawan Syida Melvin akan menyimpan enam busaha perkahwinannya bersama bekas suami, Syafiq Azim sebagai kenangan.
Memetik Oh Bulan, Syida berkata dia tidak menjual baju-baju tersebut kerana anak-anak boleh melihat atau memakainya apabila dewasa kelak.
BACA: “Syida Wanita Yang Baik” – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin
“Baju-baju itu tidak bersalah. Saya akan simpan, mungkin anak saya boleh pakai satu hari nanti. Saya akan simpan buat kenangan.
“Kalau tak nak tengok, simpan rapi dalam kotak. Saya tak akan jual sebab itu kenangan. Anak-anak nanti apabila sudah besar, mereka boleh tengok,” katanya.
Sementara itu, Syida berseloroh berkata dia akan menyimpan baju-baju di dalam peti jika teringat kembali kenangan bersama bekas suami.
“Kalau tak nak tengok simpan dalam kotak. Saya tak akan jual, itu semua kenangan. Anak-anak kalau dah besar boleh tengok,” katanya.
Dalam pada itu, Syida menyifatkan Syafiq seorang bapa yang baik serta menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Sebagai bapa, dia seorang bapa yang sangat baik. Saya tidak menafikan perkara itu. Anak-anak masih mempunyai hubungan yang baik dengan Syafiq,” katanya.
Sumber: Oh Bulan