“Syida Wanita Yang Baik” – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin

Bekas suami kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin iaitu Syafiq Azim berkata dia tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga dengan wanita yang merupakan ibu kepada tiga anak mereka.

Memetik Astro Gempak, Syafiq menyifatkan Syida seorang wanita yang baik dan banyak kenangan yang dicipta bersama.

BACA: “Saya Tak Berdendam Dengan Bekas Suami” – Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah Hari Jadi

“Syida seorang wanita yang baik. Sepanjang perkahwinan kami bersama, tiada apa yang saya berasa kesal. Banyak kenangan manis dan indah saya bersama Syida. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya.

“Kita sudah bina banyak kenangan bersama, bisnes, rumah kita, membesarkan anak bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq berkata meskipun sudah berpisah namun dia akan tetap menjaga hubungan baik dengan Syida demi anak-anak mereka.

Selepas ini apa jua yang Syida lakukan, saya akan terus menyokong. Mengenai anak-anak pula, saya akan terus beri kerjasama,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×