Pelakon Amyza Aznan yang dilihat tampil mengenakan niqab sejak kebelakangan ini menjadi perhatian netizen.

Memetik mStar Online, Amyza bagaimanapun menjelaskan pemakaian niqab bukan perkara wajib dan dia berharap tindakannya memakai dan membuka tidak menjadi isu.

BACA: Masih Hantar Mesej Ke Nombor Telefon Arwah Anak, Amyza Tak Kisah Dianggap Gila 

“Memang akan ada kata-kata (netizen) macam itu tapi jangan ambil serius sangat sebab benda itu tak wajib. Kalau kita nak pakai, kita pakai dan kalau nak buka, kita buka. Bukan macam tudung, kalau tudung itu memang satu kesalahan kalau sekejap pakai, sekejap buka seolah macam mempermainkan.

“Tapi niqab bagi saya benda yang tak perlu diperbesarkan. Saya selesa pakai dan selesa juga kalau tak pakai. Tak ada isu pun,” katanya.

Sementara itu, Amyza berkata niqab membuatkan dia rasa selamat dan tenang serta berkongsikan dia mula mengenakan niqab ketika menziarahi pusara arwah anaknya.

“Saya tak tahu bila pakai rasa selamat, selesa, tenang dan rasa ‘mahal’ sebagai seorang wanita. Nikmat sangat. Ia bermula secara tiba-tiba. Mula-mula saya pakai masa pergi kubur sahaja, lepas tu benda tu jadi selesa. Rasa selesa dan selamat itu sukar nak digambarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza berkata dengan pemakaian tersebut sekaligus mengubah cara orang di sekeliling berinteraksi dengannya.

“Bila kita pakai benda tu automatik orang akan jaga jarak dan jaga percakapan dengan kita. Banyak benda yang positif. Cuma jangan jadikan isu kalau sekejap saya pakai, sekejap buka sebab benda itu bukan wajib,” katanya.

Sumber: mStar Online

×