Dr Fie Dakwa Sentiasa Diperhatikan, Tiada Privasi

Bekas isteri kepada Nubhan iaitu Dr Fie berkata dia berharap kes komital yang difailkan terhadapnya dapat diselesaikan dengan segera.

Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata dia mahu teruskan hidup dengan tenang serta mendakwa kehidupannya kini seperti sentiasa diperhatikan.

BACA: Dr Fie Sudah Temui Bahagia? 

“Justeru, saya berharap kes komital yang difailkan terhadap saya dapat segera diselesaikan. Saya juga tidak mahu hal privasi diri dicampuri pihak sana (bekas suami) yang membuat saya terpaksa berjaga-jaga.

“Saya nak meneruskan hidup bersama anak-anak dengan tenang, tetapi bila kes (komital) ini tidak selesai menyebabkan saya berasa seperti ‘terpenjara’ kerana semacam diperhatikan dan harus berhati-hati dalam urusan harian.

“Macam ada perasaan takut dan gementar juga. Apatah lagi, saya akan disoal peguam dia. Jadi, ibaratnya bekas suami umpama menanti-nantikan sahaja saya membuat kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata kehidupannya kini seolah tiada privasi dan tidak dapat bergerak dengan bebas kerana didakwa diperhatikan. 

“Kes ini tidaklah mengganggu, tetapi buat saya rasa tersekat. Saya berasa setiap tindak tanduk diperhatikan. Saya pula bukannya orang yang boleh duduk diam.

“Saya nak pergi lebih jauh, aktif dalam media sosial, bukan terperap di klinik 24 jam. Namun, setiap perbuatan saya itu bagai dapat dilihat oleh pihak di sana (bekas suami). Hidup kita ini umpama tiada privasi,” katanya.

Terdahulu, Nubhan memfailkan komital terhadap Dr Fie susulan tiga kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitnah.

Sumber: Harian Metro

×