Pelakon Aliff Aziz beranggapan gelaran aktor kedua tertampan di Malaysia yang diberikan oleh Datuk M Nasir sekadar gurauan semata-mata.
Memetik BH Online, Aliff berkata fokus utamanya kini adalah untuk hidupkan watak yang galasnya dalam Teater Muzikal Mansur & Liu yang akan dipentangkan di Istana Budaya bulan depan.
BACA: “Aliff Aziz Pelakon Kedua Paling Tampan Di Malaysia”
“Saya fikir M Nasir hanya bercanda dan bergurau saja. Saya mahu fokus bagaimana untuk hidupkan watak Sultan Mansur Shah. Ini tidak semestinya mengenai apa yang watak itu ada atau bagaimana rupa dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia tetap perlu melalui proses uji bakat serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk M Nasir isterinya, Datin Marlia Musa selaku penerbit teater berkenaan.
“Pada pendapat saya, di mata mereka, mungkin saya ada rupa yang mereka inginkan untuk watak Sultan Mansur Shah.
“Jadi, ia bermula dari situ dan sudah semestinya kami perlu menjalani uji bakat untuk nyanyian, lakonan dan pergerakan. Saya tidak tahu bagaimana hendak jelaskan, tetapi saya fikir ini adalah rezeki.
“Saya sangat berterima kasih kepada M Nasir dan Marlia kerana beri kepercayaan untuk saya memainkan watak utama dalam pementasan Teater Muzikal Mansur & Liu ini,” katanya.
Sumber: BH Online