Ruhainies Doa Dipertemukan Jodoh Yang baik

Pelakon sensasai Ruhainies berkata ada hikmah disebalik apa yang berlaku selepas dia kontoversi sehingga reputasinya turut terkesan.

Memetik Sinar Plus, baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34, Ruhainies berharap dia dapat meneruskan cita-cita yang ‘tergendala’ sebelum ini susulan kontroversi terpalit dirinya.

BACA: Netizen Ucap Terima Kasih Pada Ruhainies Kutip ‘Sampah’ Bella Astillah

“Semoga saya punya cita-cita yang mungkin tergendala sedikit kerana ujian-ujian yang berlaku masa lalu, saya dapat teruskan tahun ini dan tahun depan.

“Semoga Allah lindungi kita semua daripada dibuka aib, ditimpa perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Turut menjadi perhatian, Ruhainies mendoakan agar dirinya dipertemunya dengan jodoh yang baik apatah lagi usianya kini bukan lagi muda.

“Saya doakan agar dipertemukan dengan jodoh yang baik di masa akan datang, saya pun buka muda lagi,” katanya.

Sumber: Sinar plus

×