Man Raja Lawak Tebalkan Muka Jual Air Kopi, Usaha Cari Rezeki Halal 

Pelawak Man Raja Lawak mengusahakan perniagaan air iaitu Kopi Benci selepas melihat ramai rakan artis yang berjaya dalam bidang tersebut.

Memetik mStar Online, Man berkata dia tidak malu untuk berniaga kecil-kecilan asalkan ianya rezeki yang halal.

BACA:

“Tak salah pun saya mencuba yang penting tak mahu menyusahkan mana-mana pihak, sebelum saya meminta-meminta jadi lebih baik saya buat perniagaan kopi benci ni walaupun secara kecil-kecilan tapi saya seronok.

“Saya tengok ramai selebriti terutamanya pelawak sekarang ni beralih ke bidang perniagaan macam Ajak Shiro, Shuib dan Mamat Sepah, jadi rasa ‘jealous’ juga dan tak salah pun untuk saya cuba kan meniaga kan,” katanya.

Sementara itu, Man berkata dia enggan peduli dengan persepsi orang ramai terhadap dirinya kerana bukan mereka yang memberikan wang kepadanya untuk teruskan kehidupan.

“Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli apa pun orang cakap mengenai saya bila buka perniagaan kopi ni, tebalkan muka sebab bukan orang yang berikan saya duit setiap bulan jadi ini usaha saya untuk mencari rezeki halal,” katanya.

Sumber: mStar Online

×