Pelakon Datuk Fauziah Nawi meluahkan rasa bangga melihat kejayaan penyanyi Shila Amzah yang terus mencipta nama di China.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu bangga dengan Shila kerana namanya kini cukup besar di negara itu serta berharap agar penyanyi itu akan terus mengharumkan nama Malaysia.
BACA: Shila Amzah Bawa Keluarga Berhijrah Ke China Tahun Depan

Hantaran individu itu mendapat perhatian Fauziah Nawi yang bersyukur dengan melihat kejayaan Shila di luar negara serta mengatakan penyanyi itu lebih dihargai disana.
“Alhamdulillah, rezeki dia di luar negara. Dia lebih dihargai diluar negara,” katanya.