Zahnita Wilson Sah Bertunang, Mr F Berstatus Duda 

Pelakon dan model Zahnita Wilson mengesahkan dia kini bergelar tunangan orang dalam satu majlis diadakan baru-baru ini.

Memetik BH Online, Zahnita bagaimanapun memilih untuk rahsiakan identiti lelaki dikenali ‘F’ itu yang berstatus duda tanpa anak.

BACA: “Dia Rela Hati Serahkan Anak-Anak” – Bekas Suami Zahnita Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak

“Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia.  Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F’,” katanya.

Sementara itu, Zahnita berkongsikan tunangnya itu seorang yang penyayang serta memahami dirinya.

“Dia seorang yang sangat memahami saya. Kami mudah berkomunikasi dan itu antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya,” katanya

Dalam pada itu, Zahnita berkata dia membuat keputusann menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami, Abdul Zackery secara rela hati kerana percaya itu adalah pilihan terbaik demi masa depan mereka.

“Saya serahkan hak penjagaan anak kepada bekas suami dengan rela hati kerana saya percaya dia mampu menjaga mereka dengan baik. Saya sudah melepaskan apa yang berlaku pada masa lalu dan saya juga sudah memaafkannya.

“Saya merasakan dia lebih berkemampuan daripada segi kewangan, manakala saya pula belum mempunyai pendapatan yang benar-benar stabil. Semua ini saya lakukan demi masa depan anak-anak,” katanya.

Sumber: BH Online

×