Pelakon Sherry Ibrahim mengambil keputusan untuk turunkan hantaran membabitkan isu seekor anjing bernama Rocky yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Sherry berkata dia sudah menerima penjelasan berkenaan isu tersebut daripada sumber sahih.
BACA: Sherry Ibrahim Takut Ramai DM Ajak Kahwin

Menurut Sherry lagi, dia menurunkan hantaran berkenaan bagi menghormati serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dan siasatan.
Sementara itu, Sherry turut berharap agar isu berkenaan menjadi pengajaran tidak mudah mendakwa atau membuat kesimpulan awal tanpa tahu fakta sebenar.
“Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi soal kebajikan haiwan tidak seharusnya menjadi medan untuk saling menuduh atau menghukum sebelum fakta sebenar diketahui.
“Kebajikan haiwan perlu dijaga, keselamatan manusia perlu dilindungi, dan pegawai yang menjalankan amanah juga perlu dihormati. Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan membawa kepada penambahbaikan yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya.