Nadzmi Adhwa Dedah Pernah Ditawar Berlakon RM200 Sehari 

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan ada syarikat produksi menawarkan bayaran tidak masuk akal sebanyak RM200 sehari.

Memetik Harian Metro, Nadsmi berkata bukan dirinya memilih namun bayaran ditawarkan perlulah setimpal dengan komitmen penuh diberikan olehnya.

BACA: “Pergi Salah, Balik Salah” – Nadzmi Adhwa Kecewa Isteri Masih Dikecam

“Bayar RM200 sehari, minyak kereta pun tak lepas. Bukanlah saya memilih dari segi duit, tidak. Berlakon ini memang minat dan jiwa saya.

Tapi bila tawarkan RM200 sehari, saya rasa duit minyak kereta pun tak lepas sedangkan kita akan berikan komitmen sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi berkata dia dan juga isterinya tidak pernah letakkan hargga tinggi jika ada yang mahu menawarkan mereka berlakon.

“Kami memang fokus perniagaan, tetapi sekarang perniagaan kami sudah stabil. Jadi kalau tiada penggambaran, hari-hari kami akan berniaga produk mi kari,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan rasa syukur di atas rezekinya dalam bidang pengacaraan dan akan kendalikan acara Sukan Malaysia (SUKMA) tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro

×