13 Tahun Bersama, Linda Hashim & Beego Sah Cerai Talak 3

Pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego sah bercerai talak tiga oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Memetik Harian Metro, lafaz cerai berkenaan dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohammed Radzi Sadiman. Menurut Beego, dia melepaskan Linda dengan niat baik atas kehendak bekas isterinya.

BACA: “Beego Kejam, Sengaja Lengahkan Proses cerai”

“Hari ini sebenarnya adalah keputusan lafaz taklik yang dibawa oleh Linda dari majlis JKP (Jawatankuasa Pendamai) ke mahkamah selepas lebih setahun berlalu tapi kes lafaz taklik itu tak sabit, Alhamdulillah.

“Tapi untuk penuhi kehendak Linda, dan sebagai seorang lelaki ‘gentleman’, saya lepaskan dia dengan niat yang baik,” katanya.

Sementara Linda meluahkan rasa syukur kerana kemelut rumah tangganya akhirnya berjaya diselesaikan dan selepas ini dia akan membuat tuntutan untuk hadanah serta nafkah anak-anak.

“Alhamdulillah… hari ini Allah mudahkan segala urusan saya. Keputusan hari ini memang sangat memuaskan hati dan Alhamdulillah selesai.

“Selepas ini, insya-Allah saya akan buat tuntutan untuk pihak anak pulalah. Buat hak hadanah dan nafkah anak-anak. Apa pun saya rasa terharu sebab pihak defendan (Beego) ‘gentle’ melafazkan (cerai),” katanya.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.

Sumber: Harian Metro

×