Bekas suami kepada pelakon dan model Zahnita Wilson memaklumkan dia mendapat hak penjagaan empat anak mereka selepas diputuskan mahkamah pada April lalu.
Memetik mStar Online, Abdul Zackery berkata keputusan itu dibuat oleh Zahnita yang rela hati menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepadanya.
BACA: Zahnita Wilson Dikecam Main Kasut Roda Atas Trek Larian Stadium Merdeka
Menurut Zackery lagi, Zahnita meninggalkan anak-anak kepadanya ketika Hari Raya lalu dan ke mahkamah menyerahkan hak penjagaan.
“Dia sendiri yang rela hati serahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan beigut saja tapi dia tinggalkan anak-anak pada saya masa Aidilfitri.
“Dia cakap nak keluar beraya dengan keluarga. Lepas habis raya dia tak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi dia, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya. Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Zackery mendakwa sudah dua bulan Zahnita tidak bertemu anak-anak dan mereka gembira tinggal bersamanya.
“Kalau sekarang ni sudah dua bulan dia tidak jumpa anak-anak. Mungkin ada dia hubungi melalui WhatsApp atau apa-apa tapi untuk berjumpa memang tiada. Tapi Alhamdulillah anak-anak okay dengan saya di Kuantan. Mereka pun seronok tinggal dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Zackery memaklumkan semua kes membabitkan lain semua sudah digugurkan dan masing-masing sudah meneruskan kehidupan.
“Kami dah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia dah gugurkan. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masing,” katanya.
Sumber: mStar Online