Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira berjaya turunkan berat badan dalam masa seminggu apabila turun sebanyak 6 kilogram.
Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna bagaimanapun berkata pada awalnya dia mahu mula berdiet namun hilang selera makan kerana tidak sihat selama seminggu.
BACA: “Dalam Rumah Tangga Cantik Saja Tak Cukup, Full Pakej Baru Berbaloi” – Anzalna

Menurut Anzalna lagi, sebelum ini beratnya 51 kg dimana itu merupakan berat ketika dia hamil serta gembira beratnya kini mencecah 45kg.
Sementara itu, Anzalna berkata sudah tiba masanya untuk kembali menjaga kesihatan dan fokus pada diri sendiri.